PERUTUSAN YANG AMAT BERHORMAT, KETUA MENTERI SABAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Selamat Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya.

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada acara gemilang iaitu Konvokesyen ke-2 University College Sabah Foundation 2023.

Dalam kesempatan ini, izinkan saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para graduan kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Begitu juga, jutaan penghargaan saya sampaikan kepada para ibu bapa, pensyarah dan seluruh warga UCSF yang ikhlas memastikan para graduan menjadi insan yang terpelajar, individu-individu yang mempunyai daya saing tinggi lagi berkemahiran serta menjadi modal insan yang boleh dibanggakan di negeri ini.

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T kini UCSF telah menjangkau usia 8 tahun, dan matlamat penubuhan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Sabah yang bersifat memenuhi tanggungjawab sosial dan sustainability telah mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional yang mampu membanggakan masyarakat serta menyumbang dalam aspek pembangunan negeri Sabah.

Akhir kata, dengan restu ibu bapa dan keluarga serta barakah ilmu dari para guru dan pensyarah, saya berdoa ke hadrat Allah Ta’ala agar mudah-mudahan graduan sekalian akan menjalani hidup dengan penuh keberkatan, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, menjadi warganegara yang baik serta menyumbang kepada negeri, negara serta manusia secara umum.

Selamat maju jaya saya ucapkan untuk para graduan.

Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor,
Ketua Menteri Sabah merangkap Canselor University College Sabah Foundation

Translate »
× How can I help you?